Oleh Faizal dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Jika di kedai kami, diod pemancar cahaya boleh didapati dalam beberapa saiz seperti 3mm, 5mm dan 10mm. Walaupun ianya terdapat dalam beberapa saiz yang berlainan, fungsi dan cara penggunaanya tetap sama sahaja. Tutorial kali ini akan membuatkan diod pemancar cahaya berkelip kelip dengan menggunakan papan Raspberry Pi. Bagi yang baru pertama kali bermain dengan papan Raspberry Pi, tutorial ini amat sesuai sebagai latihan pemula kepada anda.

>> Jom kita mulakan <<

Dalam tutorial ini, anda perlukan :

>> Sambungan Litar <<

Fail Fritzing : rasp led.fzz

>> Kod Python Raspberry Pi <<

Dalam kod python di bawah, bahagian teratas kod adalah untuk mengimport library GPIO dan sleep. Library GPIO digunakan untuk mengawal pin pin yang ada pada papan Raspberry Pi manakala library sleep digunakan untuk menghasilkan delay pada program yang akan kita bina. Seterusnya adalah untuk mengkonfigurasikan pin 12 (atau GPIO 18) sebagai pin Output dengan menggunakan arahan GPIO.setup().

Kod yang terdapat dalam loop while True pula akan diulang berkali kali, selama-lamanya. Fungsi kod yang terdapat dalam loop while True adalah untuk memancar dan memadamkan diod pemancar cahaya dengan selang masa satu saat dengan menggunakan arahan GPIO.output() dan sleep(1).

#!/usr/bin/python

# Bahagian Library
import RPi.GPIO as GPIO
from time import sleep

# Nota tentang Pin papan Raspberry PI
# +5  +5   - TX RX IO  - IO IO   -  IO SPI SPI I2C  - IO  - IO IO IO
#  2   4   6  8 10 12 14 16 18  20  22  24  26  28 30 32 34 36 38 40
#  1   3   5  7  9 11 13 15 17  19  21  23  25  27 29 31 33 35 37 39
# +3 I2C I2C IO  - IO IO IO +3 SPI SPI SPI   - I2C IO IO IO IO IO  -
 
# Bahagian IO
LED = 12
 
def main():
 # Jadikan Pin 12 sebagai Output
 GPIO.setmode(GPIO.BOARD)
 GPIO.setup(LED,GPIO.OUT)

 # Pusingan selama lamanya
 while True:

  GPIO.output(LED,GPIO.HIGH)
  print ("Hidupkan Lampu.")
  sleep(1)
 
  GPIO.output(LED,GPIO.LOW)
  print ("Padamkan Lampu.")
  sleep(1)
  
def endprogram():
 GPIO.cleanup()

if __name__ == '__main__':

 try:
  main()
 except KeyboardInterrupt:
  print ("\nKod siap dilaksanakan.")
 finally:
  endprogram()

Siapkan litar di atas dan salin kod ke dalam fail led.py. Ini dapat dilakukan dengan pertama membuka terminal.

Tulis arahan di bawah untuk pergi ke direktori home pi :

cd

>> cara pertama <<

Tulis arahan di bawah untuk membuka aplikasi text editor leafpad bersama sama fail baru bernama led.py :

leafpad led.py

Salin dan masukkan kod di atas ke dalam aplikasi text editor leafpad yang dibuka. Save fail tersebut dan keluar dari aplikasi leafpad.

>> cara kedua <<

Jika anda sedikit malas untuk menyalin atau menulis, anda boleh mendapatkan kod di atas secara automatik dengan manulis arahan di bawah pada terminal :

wget -O led.py https://bit.ly/2KAd3bT

>> melaksanakan kod python <<

Seterusnya, laksanakan kod python di atas dari terminal. Ini dapat dilakukan dengan menaip arahan berikut di terminal :

python led.py

Klik ENTER pada keyboard. Hasilnya, diod pemancar cahaya akan memancar cahaya dengan selang masa selama satu saat. Selain itu, terminal juga akan memaparkan :

Kod led.py akan berjalan selama lamanya selagi tidak dihentikan. Kod boleh dihentikan dengan menekan “Ctrl+c” di terminal.

Tips : Jika diod pemancar cahaya tidak menyalakan cahaya, cuba tukarkan polariti diod pemancar cahaya anda.

>> Tahniah, Anda Hebat <<

Sekarang cuba bermain main dengan kod di atas. Tukarkan kod supaya lampu berkelip setiap 10 saat.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

2 ULASAN ULASAN

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini