Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Pengenalan <<

Paparan LCD merupakan salah satu paparan yang amat popular untuk digunakan dalam pembinaan projek. Selain daripada papan Arduino, paparan ini juga boleh digunakan bersama sama papan Raspberry Pi.

>> Serba sedikit mengenai Pin LCD 16×2 <<

LCD 16×2 ini menggunakan sambungan yang bersifat selari ke pin nya. Berikut adalah penerangan bagi setiap pin yang terdapat pada paparan LCD 16×2 ini :

  • PIN bekalan kuasa (Vss / Vcc): Membekalkan bekalan kuasa dan menghidupkan paparan LCD.
  • Pin Kontras (Vo): Mengawal kontras paparan LCD.
  • Pin RS : Mengawal LCD samaada di dalam mod arahan atau mod menulis.
  • Pin baca atau tulis (R/W) : Disambungkan ke GND papan Arduino Uno bagi menetapkan ke mod menulis.
  • Pin E : Mengarahkan cip paparan LCD untuk mengambil data pada pin.
  • 8 pin data (D0-D7): Data yang ingin ditulis kepada cip paparan LCD.
  • Lampu latar (A / K) pin: Membekalkan bekalan kuasa bagi menghidupkan lampu latar paparan LCD

>> Jom kita mulakan <<

Dalam tutorial ini, komponen yang anda perlukan :

>> Sambungan Litar <<

Untuk penyambungan paparan LCD 16×2 ke papan Raspberry Pi, kita memerlukan Logic Level Shifter kerana paparan LCD 16×2 memerlukan isyarat 5V manakala Raspberry Pi hanya boleh mengeluarkan isyarat output 3.3V sahaja.

Fail Fritzing : Raspberry Pi LCD 1602 b.fzz

>> Kod Python Raspberry Pi <<

Seperti di Arduino IDE, Raspberry Pi juga mempunyai library tersendiri untuk LCD 16×2, namun kita perlu install secara manual. Caranya sangat mudah, anda perlu mengakses Raspberry Pi anda melalui SSH mahupun VNC atau anda boleh menggunakan monitor dan keyboard untuk mengawal Raspberry Pi anda. Buka LXTerminal pada Raspberry pi dan taip

git clone https://github.com/adafruit/Adafruit_Python_CharLCD.git

Setelah library selesai di muat turun, taip

cd ./Adafruit_Python_CharLCD
sudo python setup.py install

Proses ini akan install library LCD ke dalam Raspberry Pi anda. Setelah anda selesai dengan proses install library LCD kedalam Raspberry Pi anda, kini anda boleh menggunakan paparan LCD tersebut. Ada beberapa contoh kod yang disediakan di dalam folder Library tersebut.

Namun sebelum anda boleh menggunakan kod tersebut, beberapa modifikasi perlu dilakukan bersesuaian dengan sambungan litar yang telah dibuat sebentar tadi. Pergi ke folder “examples” ataupun taip

cd ~/Adafruit_Python_Char:CD/examples/
sudo nano char_lcd.py

Di bahagian Raspberry pi pin setup, anda perlu gantikan dengan kod di bawah :

lcd_rs = 25
lcd_en = 24
lcd_d4 = 23
lcd_d5 = 17
lcd_d6 = 18
lcd_d7 = 22
lcd_backlight = 2

Simpan modifikasi yang telah dilakukan dan cuba run kod tersebut menggunakan command

python char_lcd.py

Anda akan mendapat paparan Hello World pada LCD anda diikuti dengan beberapa perkataan yang lain. Kini anda Berjaya mengawal paparan LCD 16×2 menggunakan papan Raspberry Pi.

>> Penerangan tentang Library Adafruit LCD <<

Tahniah kerana telah berjaya menjalankan paparan LCD 16×2 dengan menggunakan papan Raspberry Pi. Disini saya akan menerangkan sedikit tentang arahan arahan yang terdapat dalam Library LCD yang disediakan oleh Adafruit khas untuk penggunaan Raspberry Pi.

lcd.message(message)

Kod di atas digunakan untuk memaparkan perkataan ataupun apa apa data kepada paparan LCD. Anda hanya perlu menukarkan perkataan “message” kepada apa apa perkataan yang anda ingin paparkan.

lcd.clear()

Kod di atas digunakan untuk memadam semua tulisan yang ada pada paparan LCD Display tersebut.

set_cursor(col, row)

Kod di atas digunakan untuk menetapkan lokasi cursor paparan LCD anda. Anda boleh menggunakan kod ini untuk menetapkan kedudukan perkataan anda untuk dipaparkan.

>> Tahniah, Anda Hebat <<

Kini anda boleh cuba  untuk mengubah kod tersebut supaya bersesuaian dengan projek anda. Selamat mencuba!

Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Mengawal Komputer Raspberry Pi Melalui VNC.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini