Oleh Khairul Fikri dalam Tutorial Raspberry Pi
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Apa itu Telegram ? <<

Telegram merupakan satu aplikasi permesejan yang cukup popular selain dari Whatsapp. Telegram bukan sahaja boleh diakses di telefon pintar, malah di komputer. Pelbagai operating system juga disokong oleh Telegram. Ini jelas menunjukkan Telegram ini merupakan salah satu platform yang mudah diakses oleh pengguna dan tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Telegram juga menyokong penghantaran dan penerimaan fail fail yang bersaiz besar. Ia sangat sesuai untuk sesiapa yang menggunakan media sosial untuk berkongsi fail fail penting dan juga sebagai alternatif lain daripada memuat naik fail tersebut ke storan cloud.

>> Apa itu Telegram Bot <<

Telegram Bot merupakan aplikasi parti ketiga yang dijalan di dalam Telegram. Pengguna boleh berinteraksi dengan Telegram Bot dengan menghantar mesej ataupun arahan. Jika anda merupakan seorang developer, anda boleh mengawal Telegram Bot anda menggunakan HTTPS request kepada Telegram Bot API.

Apa yang boleh anda lakukan dengan Telegram Bot?

  • Menerima notifikasi dan berita
  • Aplikasi kepada servis lain seperti : Gmail Bot, Youtube Bot. GitHub Bot
  • Menerima pembayaran daripada pengguna Telegram
  • Dan lain lain lagi

>> Telegram Bot sebagai platform IoT <<

Kenapa Telegram Bot? Sebab yang pertama sekali ialah ianya PERCUMA. Telegram merupakan satu aplikasi percuma yang disediakan untuk semua pengguna yang mempunyai telefon pintar dan boleh mencipta akaun Telegram. Untuk mencipta sebuah Telegram Bot juga tidak memerlukan langkah yang rumit untuk mencipta ia. Telegram Bot juga boleh menerima dan menghantar mesej yang mana sesuai untuk dijadikan sebagai platform IoT.

>> Bagaimana untuk membuat Telegram Bot ? <<

Pastikan anda mempunyai akaun Telegram dan aplikasi Telegram. Jika tidak ada, boleh muat turun di playstore ataupun app store anda. Buka Telegram, dan search BotFather.

Tekan BotFather yang mempunyai lambang tick itu dan tekan start. BotFather akan keluarkan paparan arahan arahan yang boleh digunakan untuk BotFather. Untuk mebuat Telegram Bot yang baharu, pilih arahan “/newbot

BotFather akan meminta nama untuk Telegram Bot anda. Anda boleh meletakkan apa apa nama yang bersesuaian dengan bot anda. Contohnya, saya ingin melakukan project perihal LED, jadi saya namakan Bot itu LED Controller

Setelah menamakan bot itu, anda akan diminta untuk mengisi username Telegram Bot anda. Ini langkah yang penting kerana anda ataupun pengguna lain memerlukan username untuk mencari Telegram Bot anda. Setiap username untuk Telegram Bot perlulah berakhir dengan perkataan “bot”. Pilih username yang bersuaian.

Jika username anda diterima oleh BotFather, itu bermakna anda telah berjaya mencipta Telegram Bot anda yang pertama. BotFather akan memberikan satu API Key untuk Bot anda. API Key ini sangat penting dan anda harus simpan API Key tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Setiap bot mempunyai API key yang berlainan. Jika anda mencipta sebuah lagi Telegram Bot pada masa hadapan, BotFather akan memberikan API Key yang berbeza mengikut Telegram Bot yang berlainan.

>> TAHNIAH, ANDA HEBAT <<

Kini anda sudah mempunyai Robot (Bot) anda sendiri. Baca tutorial lain yang disediakan oleh penulis Khairul Fikri di Raspberry Pi Bagaimana Mengawal LED Melalui Telegram.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini