Papan Raspberry Pi adalah sebuah mini komputer, seperti yang ada di dalam komputer peribadi anda tetapi dengan keupayaan kuasa yang lebih rendah. Secara amnya, papan Raspberry Pi direka untuk mempunyai keperluan atau komponen asas sebuah komputer sekali gus memberi akses pada para pereka cipta untuk mencipta pototaip projek atau komputer mini mereka sendiri.

Komponen komponen asas yang melengkapi papan Raspberry Pi ini adalah seperti cip pemproses, cip grafik, beberapa RAM, beberapa port USB, output HDMI, port Ethernet, dan WIFI serta Bluetooth. Disebabkan papan Raspberry Pi mempunyai keupayaan kuasa yang lebih rendah, jadi pengguna tidak boleh menjalankan perisian atau memasang OS yang berat di dalamnya. Memandai pengguna menggunakan OS yang disyorkan oleh Raspberry Pi seperti RASPBIAN, UBUNTU, WINDOWS 10 IOT CORE dan banyak lagi pilihan lain.

Papan Raspberry Pi mula dicipta atau berasal dari United Kingdom sebagai inisiatif untuk mempromosikan serta menggalakkan pengajaran sains komputer dan kemahiran menulis kod. Papan Raspberry Pi generasi pertama muncul pada 2012 dan Papan Raspberry Pi 3 B+ yang terbaru boleh mula didapati pada Februari tahun ini yang lepas. Berjuta juta papan Raspberry Pi talah terjual setakat ini. Tidak seperti papan Arduino (open source software dan hardware), papan Raspberry Pi bukanlah open source hardware dan tidak membenarkan papan elektronik nya diklon oleh sesiapa tanpa pengiktirafan mereka.

Disebabkan faktor harga yang rendah dan ciri ciri fleksibiliti, papan Raspberry Pi telah banyak membantu para peminat elektronik dan pereka cipta yang ingin membina projek interaktif mereka ke tahap yang lebih berteknologi khususnya ke arah IOT (Internet Of Things).

Di bawah adalah koleksi tutorial asas Raspberry Pi yang kami sediakan khas untuk anda.

Papan Raspberry Pi

Pengenalan kepada papan Raspberry Pi

Pemasangan Sistem Operasi

Tetapan Resolusi Paparan Skrin

Asas Cara Cara Menggunakan Papan Projek

Komponen Asas

Diod Pemancar Cahaya
Jom Belajar

Suis Tekan
Akan Datang

Diod Pemancar 3 Cahaya
Akan Datang

Pembunyi Isyarat Aktif
Akan Datang

 

 

Paparan

Paparan LCD 16×2
Akan Datang

Paparan LCD i2c
Akan Datang

 

Sensor

Sensor Suhu DS18B20
Akan Datang

Sensor Suhu dan Kelembapan DHT
Akan Datang

Sensor Jarak Ultrasonik Jenis HC-SR04 HC-SRF05
Akan Datang

Sensor Getaran
Akan Datang

Sensor Aliran Air
Akan Datang

Sensor Kelembapan Tanah
Akan Datang

Suis Magnetik
Akan Datang

Modul RFID Aktif
Akan Datang

Modul RFID Pasif
Akan Datang

Sensor PIR
Akan Datang

Sensor Hujan
Akan Datang

Sensor Api
Akan Datang

Sensor Gas MQ
Akan Datang

 

Motor

Motor Servo
Akan Datang

Motor Arus Terus
Akan Datang

Pemandu Motor L298N
Akan Datang

Motor Stepper
Akan Datang

Network / Wireless

NEO6m GPS
Akan Datang

 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini