>> DAPATKAN KIT ROBOT DI SINI <<

Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan merupakan set Arduino yang mengajar pengguna untuk mereka robot pengelak halangan.

Kit robot pengelak halangan ini sesuai dipelajari oleh mereka yang baru ingin mengenali dunia arduino, elektronik dan koding.

Robot pengelak halangan adalah robot yang akan mengelak halangan dengan cara mengundur dan berpusing mencari jalan lain apabila sensor jarak yang bertindak sebagai mata robot mengesan halangan.

Apabila robot pengelak halanagn mengesan halangan, robot akan mengundur dan berpusing secara rawak samaada ke kiri atau kanan. Masa mengundur juga adalah rawak di antara 0.5 saat hingga 1 saat. Samaada robot akan berpusing ke kiri atau kanan juga secara rawak. Masa robot berpusing juga di rawak kan antara 0.5 saat hingga 1.5 saat.

Robot ini juga diserikan dengan cahaya yang berkelipan. Terdapat tiga LED atas robot. Corak berkelip ketiga tiga LED juga adalah secara rawak. Masa setiap LED berkelip juga di rawak kan. Kesimpulannya, tema kod robot ini adalah “rawak”.

Saksikan video pratonton di bawah.

Anda akan dibekalkan dengan cakera padat yang mengandungi fail fail koding serta buku manual pembelajaran dalam bahasa malaysia, dan papan mikropengawal Arduino serta komponen komponen Elektronik.

Kami berharap pembaca akan menikmati menggunakan kit robot pengelak halangan ini dan mendapatkan kepuasan dalam mereka bentuk projek dan melihat ciptaan pembaca sendiri berfungsi.

>> DAPATKAN KIT ROBOT DI SINI <<

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here