Sambungan Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 1 – Membuat Litar

Kenal pasti !!! Di Bahagian 1, kita telah mengenalpasti 3 komponen utama untuk membuat telefon bimbit iaitu Geeetech SIM900A, LCD dan Keypad.

Di dalam bahagian 3 dan seterusnya, kita akan menggunakan library arduino yang telah dibuat oleh hobbyist, maker, community atau sesiapa sahaja yang telah menyumbang kepada perkembangan library arduino ini. Terima kasih kepada mereka mereka ini yang menjadi penggerak kepada dunia Arduino.

Terima kasih kepada mereka terhadap sumbangan yang besar ini, sekarang kita boleh menggunakan library yang dihasilkan oleh mereka dalam memudahkan kerja kerja kita.

Arduino Library
Ada banyak library kod SIM900/SIM900A di luar sana, tapi kali ini saya memilih untuk tidak menggunakan library luar untuk berkomunikasi dengan GSM Shield.
Untuk keypad, kita akan menggunakan library arduino. Library ini boleh didapati di lawan sesawang arduino :
http://playground.arduino.cc/Code/Keypad
atau muat turun di sini, keypad library:
https://www.dropbox.com/s/k91f86mozkpaovi/keypad.zip?dl=1

LCD library:
Sepatutnya library LCD sudah di install semasa anda install software arduino sebelum ini.

SIM900 Dokumentasi
Di dalam dokumen berikut, terdapat banyak arahan yang boleh digunakan untuk kita berkomunikasi dengan SIM900/SIM900A.

SIM900_AT Command Manual_V1.11 :
https://www.dropbox.com/…/SIM900_AT%20Command%20Manual_V1.1…
Atau anda boleh merujuk SIM900/SIM900A laman sesawang untuk mendapatkan dokumen yang berkaitan :
http://media.micel.ee/?dir=simcom/SIM900

Cara cara untuk Install library Arduino
Muat turun library yang berkaitan ke dalam komputer anda, dalam hal ini adalah “keypad.zip”. Gambar 1 menunjukkan library arduino “keypad.zip” telah dimuat turun ke dalam komputer.

Gambar 1

Gambar 2 menunjukkan proses untuk extract fail zip kepada folder biasa.
Pastikan fail di extract hanya mempunyai satu lapisan, bukan 2 lapisan. Kalau jadi 2 lapisan, ambil 1 lapisan sahaja. Apa maksudnya !!! Lihat penerangan seterusnya.

Gambar 2

2 lapisan – Gambar 3 menunjukkan perkataan “GSM-GPRS-GPS-Shield-GSMSHIELD” diulang dua kali. Kita tak mahu situasi ini.

Gambar 3

1 lapisan – Gambar 4 menunjukkan perkataan “GSM-GPRS-GPS-Shield-GSMSHIELD” tidak diulang 2 kali.

Gambar 4

Gambar 5, pastikan library keypad anda hanya mempunya 1 lapisan.

Gambar 5

Gambar 6, Copy folder keypad yang satu lapisan tadi.

Gambar 6

Gambar 7, kemudian paste folder keypad ke dalam Arduino\libraries . Jadikan gambar di bawah sebagai rujukan.

Gambar 7

Siap bahagian 2, penyediaan arduino library. Jumpa lagi dalam tutorial yang berikutnya. Moga moga dalam tutorial berikutnya, kita dah boleh start untuk hantar mesej kita yang pertama.

Update:

Bahagian 3
Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 3 – Menghantar Message

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here