Sambungan Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 2 – Penyediaan Arduino Library

OK. Sekarang kita akan mula menghantar mesej menggunakan hardware telefon bimbit yang telah kita bina sebelum ini.

Bahagian software, saya percaya yang anda sudah ada software Arduino di komputer anda. Kalau belum, cepat cepat install. Anda boleh muat turun code penuh di link di bawah dahulu sebelum kita pergi lebih jauh. Saya tak akan huraikan setiap baris code, tetapi saya akan menyentuh bahagian bahagian yang penting sahaja.

Full code :
https://www.dropbox.com/s/xss…/tutorial2_sendingMessage.zip…

Muat turun code, extract file zip tersebut dan buka code tersebut menggunakan software Arduino.

Gambar 1

Gambar 1, di sini adalah bahagian di mana kita akan memasukkan segala library yang kita perlukan ke dalam code. Library Keypad sudah kita masukkan semasa di bahagian 2 penyediaan library Arduino sebelum ini. Library yang selebihnya seperti SoftwareSerial, String dan LiquidCrystal sudah ada semasa software arduino di install.

Seperti yang saya katakan di bahagian 2 sebelum ini, kita tidak akan menggunakan library luar untuk berinteraksi dengan GSM Shield. Kita akan secara terus berkomunikasi dengan GSM Shield menggunakan AT Command. File AT command boleh didapati di link di bahagian 2.

Gambar 2

Masih ingat semasa di bahagian 2 penyediaan library Arduino sebelum ini, kita ada membuat pin diagram untuk Arduino Uno. Di bahagian code Gambar 2 ini, di sinilah di mana kita akan tentukan kesemua pin yang hendak digunakan untuk keypad, lcd dan GSM Shield.

Gambar 3

Gambar 3, di sini adalah bahagian di mana kita setup komunikasi diantara board Arduino dan GSM Shield, diantara board Arduino dan komputer untuk tujuan debug. Arduino akan berkomunikasi dengan GSM menggunakan software serial dengan baudrate 19200 sementara Arduino akan berkomunikasi dengan komputer menggunakan hardware serial dengan baudrate 9600. Pin untuk hardware serial adalah tetap pada pin 0 dan 1 di atas arduino.

Gambar 4

Gambar 4, di sini adalah bahagian di mana kita hidupkan GSM Shield secara automatik. Kalau GSM sudah hidup, software akan matikan dan hidupkan GSM semula.

Gambar 5

Gambar 5, function displayHome() adalah untuk display paparan “Home” seperti dalam gambar 5. Kita perlu menulis ini sebagai function di dalam code kerana kita akan memanggil function ini beberapa kali di baris code yang lain.

Gambar 6

Gambar 6, di sini adalah bahagian di mana arduino mendapatkan bacaan dari keypad. Data dari keypad akan disimpan di dalam variable keypressed.

Gambar 7

Gambar 7, jika tiada button keypad yang ditekan semasa function myKeypad.getKey() dilaksanakan, variable keypressed akan menyimpan NO_KEY.

Gambar 8

Gambar 8, jika ada button keypad yang ditekan, keypressed akan menyimpan salah satu character dari matrix gambar 8.

Gambar 9

Gambar 9, function displaySelection() digunakan untuk mengawal anak panah di paparan LCD.

Gambar 10

Gambar 10, di sini adalah bahagian utama untuk menghantar mesej. Code di atas mewakili AT Command yang perlu kita gunakan untuk menghantar message. AT Command ini akan dihantar dan diterima melalui software serial pada pin 7 dan pin 8 arduino.

Kesimpulannya, di bawah adalah AT Command yang perlu kita gunakan untuk menghantar SMS.

Untuk menghantar message dalam mode perkataan

gsmSerial.println("AT+CMGF=1");

Nombor telefon penerima message

gsmSerial.print("AT + CMGS = \"+60194339489\"");

Message yang hendak dihantar

gsmSerial.println("Hi, are you there?");

Penyudah

gsmSerial.println((char)26);

 

Siap. Jumpa lagi di tutorial berikutnya. Siap bahagian menghantar message.
Harap harap kita boleh mula untuk membaca mesej yang diterima di tutorial berikutnya.

Update:

Bahagian 4
Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 4 – Notifikasi Message Masuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here