Kalau anda mengalami masalah untuk muat naik code ke papan Arduino atau was was sama ada papan Arduino anda rosak atau tidak, and boleh mengikuti arahan atau langkah langkah seperti yang tertulis di dalam manual kami di bawah tajuk “check connection”. Pastikan anda mengikut manual tersebut langkah demi langkah. (Manual boleh dimuat turun pada pautan di bawah)

>> MUAT TURUN DI SINI <<

Kalau masih lagi tidak berjaya, jom kita buat sekali lagi langkah demi langkah. Pastikan anda menggunakan Arduino R3 seperti gambar di bawah. Tutorial ini sesuai digunakan bersama sama papan Arduino di bawah.

Sambungkan papan Arduino Uno dengan port USB komputer menggunakan kabel USB yang disediakan.

Buka software Arduino IDE di komputer anda dan buka example Blink.

Selepas anda buka exmple blink, pastikan anda memilih Board yang betul iaitu “Arduino/Genuino Uno”.

Selepas itu, pastikan anda memilih COM Port yang betul. Sebagai contoh, port di komputer saya adalah COM7 (Arduino/Genuino Uno). Nombor ‘7’ boleh jadi nombor lain bergantung pada komputer anda. Pastikan ada tertulis “(Arduino/Genuino Uno)” di sebelah COM ‘X’ (X merujuk kepada apa apa nombor).

Kalau pemilihan “Port” tidak dapat dilakukan, anda boleh cuba troubleshoot dengan menukar port USB yang lain atau kabel USB yang lain atau menukar papan Arduino yang lain (kalau kalau lah yang anda gunakan sekarang rosak).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here