Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

>> Apa itu MOTOR servo <<

Motor servo telah lama wujud dan digunakan dalam banyak aplikasi. Motor jenis ini kebiasaanya bersaiz kecil tetapi mempunyai daya yang kuat dan sangat cekap tenaga. Ciri-ciri ini membolehkan motor servo digunakan untuk mengendalikan kereta mainan, robot dan kapal terbang yang dikendalikan oleh alat kawalan jauh atau alat kawalan radio. Motor servo juga digunakan dalam aplikasi perindustrian, robotik, pembuatan, farmasi dan perkhidmatan makanan.

Lengan robot yang mengunakan 6 motor servo untuk berfungsi.

Kebiasaanya motor servo terdiri daripada motor yang mempunyai gear dan dipasangkan dengan sensor untuk tujuan maklum balas kedudukan. Tanduk yang dipasang pada motor servo boleh diarah untuk berada pada kedudukan di antara 0 darjah sehingga 180 darjah. Tanduk yang dipasang pada motor Servo akan bergerak ke kedudukan yang telah diarahkan oleh papan Arduino Uno. Papan Arduino Uno akan menghasilkan denyutan yang unik bagi setiap posisi darjah motor servo.

Motor Servo Pada Kedudukan 0, 45 dan 180 Darjah

>> sedikit sebanyak MENGENAI motor servo <<

Motor Servo menggabungkan gear dan shaft yang boleh diposisi pada sudut yang dikehendaki. Dalam tutorial ini kita akan menggunakan Motor Servo jenis Plastic Micro Servo SG90 dan Metal Servo MG995. Motor servo jenis ini sangat kecil dan sesuai digunakan untuk proses pembelajaran kerana faktor harganya yang murah. Walau bagaimanapun, motor servo yang lebih besar dan kuat digunakan secara meluas dalam robotik untuk mengawal lengan mekanikal, tangan, dan sebagainya. Dengan menggunakan 6 biji motor servo jenis Plastic Micro Servo SG90 ini, sebagai contoh, kita boleh membuat lengan robot yang bersaiz kecil bagi tujuan pembelajaran. Seterusnya, kita akan mula untuk menguji ketepatan darjah motor servo dari 0 darjah ke 180 darjah.

>> KOMPONEN APA YANG ANDA PERLUKAN  <<

Untuk tutorial atau ujikaji kali ini, anda perlukan:

>> Litar Sambungan <<

Fail Fritzing : Ketepatan Darjah Motor Servo Dari 0 Darjah ke 180 Darjah.fzz

Gambar Litar sambungan

Sambungan untuk menggerakkan motor servo cukup mudah, lengkapkan litar seperti sambungan di atas. Motor servo mempunyai tiga wayar yang berfungsi untuk memberi kuasa dan isyarat posisi. Wayar merah perlu disambungkan ke pin 5V pada papan Arduino Uno. Wayar coklat perlu disambungkan ke pin GND di papan Arduino Uno. Pin isyarat pula berwarna oren dan perlu disambungkan ke pin digital bernombor 9 pada papan Arduino Uno.

>> Kod menggerakkan motor servo <<

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */
 
#include <Servo.h>

Servo myservo;

int pos = 0;

void setup() 
{
  myservo.attach(9);
}

void loop() 
{
  myservo.write(0); delay(2000);  // 1 Second
  myservo.write(0); delay(100);   // 0.1 Second 
  myservo.write(0); delay(100);   // 0.1 Second
  myservo.write(0); delay(100);   // 0.1 Second    

  myservo.write(45); delay(2000);  // 1 Second
  myservo.write(45); delay(100);   // 0.1 Second 
  myservo.write(45); delay(100);   // 0.1 Second
  myservo.write(45); delay(100);   // 0.1 Second    

  myservo.write(90); delay(2000);  // 1 Second
  myservo.write(90); delay(100);   // 0.1 Second 
  myservo.write(90); delay(100);   // 0.1 Second
  myservo.write(90); delay(100);   // 0.1 Second    

  myservo.write(135); delay(2000);  // 1 Second
  myservo.write(135); delay(100);   // 0.1 Second 
  myservo.write(135); delay(100);   // 0.1 Second
  myservo.write(135); delay(100);   // 0.1 Second    
      
  myservo.write(180); delay(2000);  // 1 Second
  myservo.write(180); delay(100);   // 0.1 Second 
  myservo.write(180); delay(100);   // 0.1 Second
  myservo.write(180); delay(100);   // 0.1 Second    
}

Kita akan menggunakan kod Arduino di atas bagi menguji ketepatan darjah motor servo dari 0 darjah ke 180 darjah. Kod di atas akan memprogramkan papan Arduino Uno untuk mengarahkan motor servo untuk menggerakkan tanduk motor servo ke 0 darjah, 45 darjah, 90 darjah, 135 darjah dan ke 180 darjah berulang ulang kali.

>> ilustrasi pergerakkan tanduk motor servo ke darjah yang diarahkan <<

Walaubagaimanapun, papan Arduino Uno hanya mampu mengarahkan motor servo untuk menggerakkan tanduknya ke arah tertentu sahaja. Namun, papan Arduino Uno tidak mempunyai keupayaan untuk mengetahui kedudukan darjah tanduk motor servo. Dengan kata lain, ia hanyalah komunikasi satu arah dari papan Arduino Uno ke motor servo. Kedudukan tanduk motor servo mungkin akan sedikit berbeza dari nilai yang diarahkan oleh papan Arduino Uno.

>> Saksikan video hasil ujikaji terhadap 6 biji motor servo <<

Dari apa yang telah kita lihat pada video di atas, motor servo MG995 yang pertama mempunyai hasil yang amat mengecewakan manakala motor servo MG995 yang kedua dan ketiga boleh saya katakan di dalam julat yang boleh diterima, berfungsi dengan baik. Ketiga tiga motor servo MG995 memeberi kedudukan 180 darjah yang melebihi nilai sebenar. Bagi motor servo SG90 pula, boleh saya katakan kedudukan tanduknya berada dalam julat yang boleh diterima. Ketiga tiga motor servo SG90 memberi kedudukan 180 darjah yang lebih rendah dari nilai sebenar.

>> Bagaimana darjah ketepatan motor servo milik anda pula ??? <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini