Oleh Nurunadiah dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Mesra Kanak Kanak

>> Kit pembelajaran kanak kanak (Kid kits) <<

Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) merupakan salah satu inisiatif terbaru Nadi Eleczone Solutions untuk memperkenalkan pembelajaran elektronik sebagai pendedahan awal diperingkat kanak- kanak. Kid kits ini bertujuan untuk merangsang minda kanak- kanak seawal usia 5 tahun sehingga umur 12 tahun selain boleh membina masa yang berkualiti diantara ibu bapa dan anak anak. Pembelajaran Kid Kits ini banyak mempraktikkan konsep reka cipta mudah seperti sambungaan block LEGO dan asas elektronik seperti menggerakkan motor menggunakan bateri.

>> Perkembangan Kreativiti Kanak Kanak <<

Konsep ini amat menarik dan mampu menarik minat kanak-kanak dari peringkat awal di dalam dunia elektronik dan reka cipta. Hal ini bersesuaian dengan pemintaan pembelajaran masa kini yang banyak menyentuh subjek-subjek yang berkaitan dengan teknologi seperti perisian SCRATCH (bahasa pengaturcaraan visual yang berasaskan blok) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Pendedahan ini amat penting kerana bersesuaian dengan arus teknologi dan konsep Industri 4.0 pada masa kini.

Justeru, amat wajar bagi ibu bapa dan para pendidik di peringkat TASKA, TADIKA serta sekolah rendah memberi pendedahan Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) ini kepada anak-anak dan para pelajar. Ini boleh dijadikan sebagai persedian sebelum mereka perlu berhadapan dengan realiti pembelajaran teknologi yang sebenar.

> Dapatkan Kit Kanak Kanak Kereta Kebal Si Pejuang di sini <<

Langkah pemasangan Kit Kanak Kanak Kereta Kebal Si Pejuang adalah seperti berikut :

Dapatkan komponen komponen di dalam Kit Kanak Kanak Kereta Kebal Si Pejuang.

Kenali komponen komponen penting :

  1. Rod besi panjang
  2. Rod besi pendek
  3. Skru 4mm
  4. Skru 6mm
  5. Skru 7mm
  6. Pembahagi

Gabungkan badan kereta kebal menggunakan skru 7mm.

Gabungkan pemegang bateri ke badan kereta kebal menggunakan skru 4mm.

Sambungkan wayar pemegang bateri dengan motor.

Gabungkan rod besi bersama sama tayar dan pembahagi.

Masukkan rod besi pendek ke motor.

Gabungkan motor pada badan kereta kebal dengan menggunakan skru 6mm.

Gabungkan komponen tayar dengan badan kereta kebal.

Lengkapkan bahagian penembak kereta kebal menggunakan kreativiti anda.

Lengkapkan  kereta kebal dengan meletakkan getah pada tayar kereta kebal.

>> AKHIRNYA, JOM KITA LIHAT kereta kebal si pejuang beraksi <<

Lihat kit kanak kanak seterusnya Kit Kanak Kanak – Si Kuning Comel Belajar Merangkak.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini