Oleh Nurunadiah dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Mesra Kanak Kanak

>> Kit pembelajaran kanak kanak (Kid kits) <<

Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) merupakan salah satu inisiatif terbaru Nadi Eleczone Solutions untuk memperkenalkan pembelajaran elektronik sebagai pendedahan awal diperingkat kanak- kanak. Kid kits ini bertujuan untuk merangsang minda kanak- kanak seawal usia 5 tahun sehingga umur 12 tahun selain boleh membina masa yang berkualiti diantara ibu bapa dan anak anak. Pembelajaran Kid Kits ini banyak mempraktikkan konsep reka cipta mudah seperti sambungaan block LEGO dan asas elektronik seperti menggerakkan motor menggunakan bateri.

>> Perkembangan Kreativiti Kanak Kanak <<

Konsep ini amat menarik dan mampu menarik minat kanak-kanak dari peringkat awal di dalam dunia elektronik dan reka cipta. Hal ini bersesuaian dengan pemintaan pembelajaran masa kini yang banyak menyentuh subjek-subjek yang berkaitan dengan teknologi seperti perisian SCRATCH (bahasa pengaturcaraan visual yang berasaskan blok) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Pendedahan ini amat penting kerana bersesuaian dengan arus teknologi dan konsep Industri 4.0 pada masa kini.

Justeru, amat wajar bagi ibu bapa dan para pendidik di peringkat TASKA, TADIKA serta sekolah rendah memberi pendedahan Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) ini kepada anak-anak dan para pelajar. Ini boleh dijadikan sebagai persedian sebelum mereka perlu berhadapan dengan realiti pembelajaran teknologi yang sebenar.

> Dapatkan Kit Kanak Kanak Robot Baby Shark Doo Doo Doo di sini <<

Langkah pemasangan Kit Kanak Kanak Robot Baby Shark Doo Doo Doo adalah seperti berikut :

Dapatkan komponen komponen di dalam Kit Kanak Kanak Robot Baby Shark Doo Doo Doo.

Kenali komponen komponen penting :

  1. Skru M3
  2. Nut M3
  3. Skru M2
  4. Rod 20mm
  5. Rod 15mm
  6. Skru 10mm
  7. Skru 7mm
  8. Pengunci
  9. Spring

Sambungkan pemegang bateri dengan motor. Masukkan bateri dan pastikan motor tidak dihidupkan.

Gabungkan komponen di atas menggunakan skru M2.

Gabungkan komponen di atas menggunakan skru M2. Komponen bola ping pong membolehkan baby shark timbul di atas permukaan air.

Gabungkan motor ke badan baby shark. Gunakan A: Skru M3, C: Nut M3 dan B: Skru 10mm.

Gabungkan bahagian ekor dengan menggunakan skru 7mm dan spring.

Sambungkan ekor dan badan baby shark. Pada label A, cucuk rod 15mm dan pemusing. Pada label B, cucuk rod 20mm dan pemusing.

Lekatkan bilah pada pemusing dengan menggunakan rod 20mm dan pengunci.

Masukkan pemegang bateri ke dalam belon. Cable tie kan mulut belon. Jika anda merasa susah, gunakan beg plastik bagi menggantikan belon. Ini bagi mengelakkan bateri daripada basah semasa di dalam air.

Ikatkan bateri pada badan baby shark menggunakan getah yang terdapat dalam kit atau apa apa yang anda rasakan mudah.

>> Akhirnya, jom kita lihat ROBOT BABY SHARK DOO DOO DOO Berenang <<

Lihat kit kanak kanak seterusnya Kit Kanak Kanak – Kereta Kebal Si Pejuang.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini