Oleh Nurunadiah dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Mesra Kanak Kanak

>> Kit pembelajaran kanak kanak (Kid kits) <<

Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) merupakan salah satu inisiatif terbaru Nadi Eleczone Solutions untuk memperkenalkan pembelajaran elektronik sebagai pendedahan awal diperingkat kanak- kanak. Kid kits ini bertujuan untuk merangsang minda kanak- kanak seawal usia 5 tahun sehingga umur 12 tahun selain boleh membina masa yang berkualiti diantara ibu bapa dan anak anak. Pembelajaran Kid Kits ini banyak mempraktikkan konsep reka cipta mudah seperti sambungaan block LEGO dan asas elektronik seperti menggerakkan motor menggunakan bateri.

>> Perkembangan Kreativiti Kanak Kanak <<

Konsep ini amat menarik dan mampu menarik minat kanak-kanak dari peringkat awal di dalam dunia elektronik dan reka cipta. Hal ini bersesuaian dengan pemintaan pembelajaran masa kini yang banyak menyentuh subjek-subjek yang berkaitan dengan teknologi seperti perisian SCRATCH (bahasa pengaturcaraan visual yang berasaskan blok) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Pendedahan ini amat penting kerana bersesuaian dengan arus teknologi dan konsep Industri 4.0 pada masa kini.

Justeru, amat wajar bagi ibu bapa dan para pendidik di peringkat TASKA, TADIKA serta sekolah rendah memberi pendedahan Kit pembelajaran kanak kanak (Kid Kits) ini kepada anak-anak dan para pelajar. Ini boleh dijadikan sebagai persedian sebelum mereka perlu berhadapan dengan realiti pembelajaran teknologi yang sebenar.

> Dapatkan Kit Kanak Kanak Si Kuning Comel Belajar Merangkak di sini <<

Langkah pemasangan Kit Kanak Kanak Si Kuning Comel Belajar Merangkak adalah seperti berikut :

Dapatkan komponen komponen di dalam Kit Kanak Kanak Si Kuning Comel Belajar Merangkak.

Kenali komponen komponen penting :

  1. Rod Besi 85mm
  2. Rod besi 20mm
  3. Rod Pengunci
  4. Skru 4mm
  5. Skru 6mm

Sambungkan pemegang bateri, suis dan motor. Untuk suis, terdapat tiga kaki. Gunakan samaada kaki 1 dan 2 atau kaki 2 dan 3. Gabungkan rod besi 20mm dan gear ke motor.

Gabungkan rod besi 85mm dengan gear. Perhatikan gigi gear, ianya bertentangan antara rod pertama dan rod kedua.

Gabungkan kaki dan badan dengan menggunakan skru 6mm.

Gabungkan sendi besi ke badan menggunakan skru 4mm, gabungkan ekor ke badan menggunakan skru 6mm.

Masukkan rod besi 85mm ke sendi dan kuncinya dengan lengan. Terdapat 3 lubang pada sendi, gunakan lubang paling hujung dari luar.

Gabungkan suis dan pemegang bateri ke badan menggunakan skru 4mm.

Ikat motor ke badan dengan menggunakan cable tie di tiga tempat seperti dalam gambar. Pastikan gear pada motor dan gear pada rod besi bertemu.

Gabungkan tapak dan lengan menggunakan skru 6mm serta masukkan rod pengunci pada lengan.

Gabungkan lengan dan selarikannya. Jika rod pengunci terlalu longgar, lekatkan hujung rod dengan pita pelekat bagi mengelakkanya dari terkeluar.

>> Akhirnya, jom kita lihat Si Kuning Comel Merangkak <<

Lihat kit kanak kanak seterusnya Kit Kanak Kanak – Robot Baby Shark Doo Doo Doo.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini