Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Pertengahan, Mempunyai Asas Arduino

>> PENGENALAN <<

Kit pembelajaran kod warna perintang dan ohm meter adalah kit interaktif yang membolehkan penggunanya memasukkan kod warna perintang, pengiraan nilai perintang akan dilakukan dan akhir sekali menyemak nilai perintang. Jika dipecahkan langkah langkah penggunaan kit ini dengan lebih mendalam, ianya adalah seperti berikut :

  1. Pengguna akan mengambil perintang yang tidak diketahui nilainya lalu menganalisa warna yang terdapat pada jalur perintang.
  2. Pengguna akan menekan butang yang terdapat pada kit bagi menetapakan nilai kod warna perintang.
  3. Paparan seven segment akan memaparkan nilai kod warna perintang. Paparan LCD akan memaparkan pengiraan nilai perintang seperti nilai sebenar perintang, nilai toleransi perintang, nilai maksimum perintang dan nilai minimum perintang.
  4. Pengguna akan memilih julat ohm meter yang sesuai dan melakukan semakan nilai perintang.

>> Apa itu kod warna perintang ??? <<

Nilai perintang boleh diterjemahkan melalui kod warna. Hampir kesemua perintang yang berkaki dihasilkan bersama sama dengan kod warna. Kod warna diasingkan kepada beberapa kumpulan atau jalur. Setiapa kumpulan atau jalur mempunyai fungsi nilai yang tersendiri seperti nilai rintangan dan nilai toleransi. Setiap kumpulan atau jalur mempunyai nilai warna yang berbeza iaitu dari tiga hingga sepuluh warna. Nilai rintangan yang terdapat di pasaran juga telah diseragamkan, nilai yang telah diseragamkan ini dipanggil sebagai nilai pilihan. Perintang yang mempunyai 4 jalur kod warna adalah variasi yang paling biasa dijumpai dan paling banyak dijual. Perintang jenis ini mempunyai dua jalur untuk nilai rintangan, satu jalur untuk pengganda dan satu jalur untuk toleransi.

>> Petua untuk membaca kod warna perintang <<

Bagi yang tidak biasa membaca kod warna atau baru mula belajar membaca kod warna, mereka ini kebiasaanya akan keliru arah untuk membaca jalur yang ada pada perintang atau keliru yang mana satu adalah jalur yang pertama. Kenalpasti ruang yang agak jauh diantara dua jalur, jalur tersebut adalah jalur ketiga dan jalur keempat. Jika dilihat pada gambar di atas, jalur keempat adalah jalur yang bewarna emas.

>> Litar sambungan <<

Fail Fritzing : Resistor Kit.fzz

Kembali kepda cerita kit pembelajaran kod warna perintang dan ohm meter. Litar di atas saya bahagikan kepada dua kawasan. Kawasan pertama iaitu kawasan di dalam kotak bewarna merah ialah litar ohm meter. Litar ohm meter ini digunakan bagi menyemak nilai perintang. Pengguna akan memilih julat ohm meter yang sesuai dan melakukan semakan nilai perintang. Pilihan julat yang disokong oleh ohm meter ini adalah 0 Ohm hingga 2k Ohm, 2k Ohm hingga 20k Ohm, 20k Ohm hingga 200k Ohm, 200k Ohm hingga 1M ohm.

Kawasan kedua adalah kawasan selain daripada kawasan kotak bewarna merah. Kawasan ini adalah kawasan untuk litar resistor color code. Litar ini bertujuan untuk menerima input dari pengguna bagi menetapakan nilai kod warna perintang. Kemudian paparan seven segment akan memaparkan nilai kod warna perintang. Papan Arduino Mega akan membuat pengiraan nilai perintang lalu paparan LCD akan memaparkan pengiraan nilai perintang seperti nilai sebenar perintang, nilai toleransi perintang, nilai maksimum perintang dan nilai minimum perintang.

>> Kod arduino untuk Kit Pembelajaran Kod Warna Perintang Dan Ohm Meter <<

Jika anda berminat, anda boleh meneliti kod kit ini yang panjang. Selamat membaca kod dengan perasaan yang gembira … dan sambil terseyum.

/* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
 * More info at https://www.nadieleczone.com.my
 */

#include <SevSeg.h>
#include <Wire.h> 
#include <LiquidCrystal_I2C.h>

SevSeg sevseg;

LiquidCrystal_I2C lcd1(0x27, 16, 2);
LiquidCrystal_I2C lcd2(0x3E, 16, 2);
LiquidCrystal_I2C lcd3(0x25, 16, 2);

float max_number = 0;

const int first_black = 14;
const int first_brown = 15;
const int first_red = 16;

  .
  .
  .
  .
  .  
    
    if( multiplier_state < 0 ) digitalWrite(negative_sign, HIGH);
    else digitalWrite(negative_sign, LOW);
     
    lcd_change = false;
  }

  sevseg.setNumber( (unsigned long)segment_resistance_value,decimal_point);
  sevseg.refreshDisplay();
}

Pautan :

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini